Abby Abadi hari ini, sah bergelar isteri kepada seorang wartawan kanan...



KUALA LUMPURR: Bekas anggota kumpulan Elite suatu kitika dahulu, Abby Abadi hari ini, sah #bergelar isteri kepada seorang wartawan kanan, akhbar lidah rasmi PAS, Harakah, dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, kira-kira pukul 3.30 petang.

#Abby atau nama sebenarnya, #Arbaiyah #Abd #Manan, 38, sah bergelar isteri kepada #Muhammad #Faizal #Zakari dalam majlis akad nikah yang disempurnakan oleh Imam masjid berkenaan, Osman Daud dan diwalikan oleh bapanya sendiri Abdul Manan Tadin.
Pernikahan ini adalah yang keempat bagi #Abby dan kedua untuk #Muhammad Faizal yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu.

#"Saya sudah mengenali suami sejak 2012 dan kami membuat keputusan untuk berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan syukur kepada Allah majlis hari ini (semalam) berjalan lancar," katanya kepada #pemberita sebaik selesai majlis itu.
Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga serta kenalan rapat pengantin termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.

#Pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Tasik Titiwangsa Ahad ini.
#Abby yang pernah dikaitkan dengan kontroversi hal rumah tangganya sebelum ini, pernah berkahwin dengan aktor, #Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

#Abby kemudianya bertemu jodoh dengan #Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

sumberr  http://www.bharian.com.my/node/74772

0 Response to "Abby Abadi hari ini, sah bergelar isteri kepada seorang wartawan kanan..."

Post a Comment