Bertumbuk Demi Pertahan Bapa
*****SEREMBAN: Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) yang mengadakan bantahan aman di depan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS) semalam kerana menuntut hak berniaga mereka di bazar Ramadan berakhir dengan keganasan.
*Memetik laporan The Rakyat Post, pergaduhan tersebut bermula kira-kira pukul 2 petang ketika pengerusi PUDS Razali Zakaria sedang mengadakan sidang media bagi menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tindakan MPS yang mengarahkan mereka mengosongkan tapak bazar Ramadan yang telah mereka duduki sejak tiga tahun lalu.
*Ketika Razali sedang berucap, dia mendakwa ada beberapa orang dengan lagak samseng telah datang dan menimbulkan kekecohan.
“Di tengah sidang media sedang berlangsung, sekumpulan samseng menimbulkan provokasi dengan mengusir kami,” katanya.
Menurut saksi ditempat kejadian, Razali telah diasak bertubi-tubi oleh lelaki yang menimbulkan provokasi berkenaan, kerana tidak tahan bapanya diperbuat demikian,Dzullirusdi Razali, 25, telah bangun mempertahankan bapanya dan pertikaman lidah semakin berlarutan dengan kata-kata yang lebih teruk.
Kerana pertikaman lidah itu keadaan semakin teruk antara Dzullirusdi dengan Mohd Fazall Ahi Mohd Yusof, 36, telah berakhir dengan pergaduhan sehingga terpaksa dileraikan oleh semua yang ada di situ.
Razali yang tidak mahu keadaan ini semakin besar telah menagrahkan perniaga lain untuk beredar dan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Rahang.
Menurut Razali, pihak peniagan dibawah PUDS kebanyakkannya telah menyediakan stok bekalan untuk berniaga sepnjang Ramadan nanti dan ada yang memberli stok sehingga musim perayaan nanti.
Beliau berharap mereka mendapat tapak berniaga yang diduduki selama tiga tahu itu kembali sebaliknya pihak MPS telah emnagrahkan tapak itu dikosongkan.
“Wujud unsur hasad dengki dengan mencemarkan nama penjaja Uptown Dataran Senawang dan menggantikan mereka dengan sekumpulan kroni.”
"Sebelum ini penjaja tidak pernah berdepan sebarang masalah apabila memohon MPS mengizinkan mereka terus berniaga di tapak yang diduduki sejak 2012."
“Masalah hanya mula timbul selepas perubahan dalam pengurusan bahagian perlesenan MPS awal tahun ini. Kami tidak kisah untuk berkongsi lokasi berkenaan dengan peniaga lain, cuma lebih suka berniaga di tapak yang biasa,” jelas Razali.
Namun cerita disebalik pihak lain pula lain ceritanya,
Pengerusi Persatuan Penjaja Negeri Sembilan, Noor Hafiz Mohammad Razali.mendakwa cabutan undi telah dilakukan oleh MPS pada isnin lalu untuk menentukan tapak Bazar Ramadan untuk peniaga tetapi Razali enggan mencabut undi.
Menurut Hafiz, Razali telah bertindak kelaur meninggalkan proses cabutan undi berkenaan yang mengakibatkan 51 penjaja di bawahnya terjejas manakala manakala kerana Hafiz menjalankan cabutan undi membolehkan 40 perniaga dibawahnya mendapat tapak bazar.
#Bagaimana pun ada penjaja meluahkan rasa tidak puas hati dengan Razali keran Razali telah berjanji akan menadapatkan tapak berniaga untuk mereka.
#Meluahkan rasa tidak puas hari berkenaan, Siti Maryam Madzim berkata dia merasa tertipu kerana Razali sudah berjanji ada tapak untuknya.
“Saya hanya mengetahui melalui mesej dalam kumpulan Whatsapp akan ada sidang akhbar serta protes hari ini dan saya pun datang untuk mengetahui cerita sebenar,” kata wanita berkenaan sambil menitiskan air mata.
#Untuk rekod, sebanyak 360 lot niaga disediakan untuk Ramadan kali ini oleh MPS di Senawang dimana sembilan penganjur telah terpilih dari pelbagai persatuan dimana mereka ini telah dipanggil untuk mencabut undi bagi menentukan tapak yang bakal mereka duduki.
#Bagaimanapun dalam kejadian pergaduhan berkenaan tiada kecederaan yang dilaporkan.
0 Response to "Bertumbuk Demi Pertahan Bapa"
Post a Comment